KUALA LUMPUR: Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM) Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Memandangkan skuad negara dijadualkan berdepan laluan berliku pada pertandingan itu, Rexy berkata barisan kejurulatihan merasakan bahawa lebih wajar sekiranya Pearly-Thinaah diketepikan bagi membolehkan mereka menumpukan pada persiapan ke Sukan Olimpik di Paris.
"Secara realistiknya sekiranya Pearly-Thinaah beraksi di Piala Uber mereka ada peluang menang satu perlawanan, namun nanti kesudahannya jadi 1-4 (tewas). Kita bukan mahu memperkecilkan peluang skuad Piala Uber namun itulah realitinya.
"Bagaimanapun, ini bukan keputusan akhir kerana kami akan bincang dan dengar pandangan daripada pihak pengurusan BAM (Persatuan Badminton Malaysia)," katanya kepada pemberita selepas sesi latihan di sini, hari ini.
Skuad wanita negara yang merupakan pilihan ke-10 Piala Uber bakal mengharungi misi mencabar dalam Kumpulan B bersama pilihan keempat Thailand, Taiwan (pilihan keenam) dan Australia.
Ditanya pasangan mana yang bakal mengisi tempat pasangan ke-13 dunia berkenaan, pakar beregu dari Indonesia itu berkata antara gandingan yang dipertimbangkan ialah Go Pei Kee-Low Yeen Yuan serta pemain lain seperti Tan Zhing Yi dan Teoh Mei Xing.
Dalam pada itu, Rexy memaklumkan barisan kejurulatihan akan bermesyuarat esok bagi menentukan skuad Piala Thomas dan Piala Uber negara yang bakal beraksi pada 28 April-5 Mei ini.
Skuad lelaki negara selaku pilihan kelima kejohanan badminton berprestij dunia itu diundi bersama jaguh Eropah dan juara edisi 2016, Denmark, Hong Kong (pilihan ke-12) serta Algeria.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 26 2024
Menurut Rexy, barisan kejurulatihan merasakan bahawa lebih wajar sekiranya Pearly-Thinaah diketepikan bagi membolehkan mereka menumpukan pada persiapan ke Sukan Olimpik di Paris. - Gambar fail
Biden selar waran tangkap ICC terhadap Netanyahu, menteri Israel
Biden turut menyifatkan permohonan pendakwa raya ICC untuk keluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel sebagai keterlaluan.
Pembatalan permit persembahan Sharul Channa ambil kira laporan polis video berkait isu 3R
Terdapat sejumlah laporan polis diterima berkait video lama oleh pelawak dari Singapura itu, yang dimuat naik semula baru-baru ini.
Lelaki rentung dalam kebakaran rumah flat di Damansara Damai
JBPM Selangor menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran melibatkan kediaman mangsa berusia lingkungan 40-an itu pada 8.58 malam tadi.
17 maut, 8 cedera kenderaan terjunam ke dalam gaung di Chhattisgarh, India
Pegawai berkata kenderaan pikap itu membawa 25 pekerja yang pulang selepas memetik daun tendu dari kawasan hutan.
Iran akan adakan perarakan jenazah Raisi di Tabriz pada Selasa
Hosseini berkata jenazah Raisi dan mangsa-mangsa lain nahas helikopter itu disimpan di tanah perkuburan Tabriz pada Isnin malam.
Usia emas bukan penghalang sertai sukan lasak
Yee Sze Mun membuktikan bahawa usia 86 tahun bukan penghalang bagi seorang individu menyertai perlumbaan sukan lasak Ironman.
RISDA saran pemilik tanah sertai tanaman semula getah berkelompok
Menerusi TSB, pekebun kecil dapat menikmati pelbagai manfaat termasuk bantuan teknikal, sokongan kewangan dan akses kepada teknologi moden.
TERAJU akan wujudkan dana RM1 bilion bantu perusahaan Bumiputera
Dana yang menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.
Malaysia teroka tenaga solar di kawasan tadahan air
Malaysia sedang teroka cara untuk mengoptimumkan kawasan tadahan air bagi menjana tenaga solar tanpa menjejaskan alam sekitar dan kualiti air.
Cabut undi projek pastikan kontraktor G1-G4 dapat peluang - Nanta
Ia dapat memastikan kontraktor kelas berkenaan peluang untuk melibatkan diri dalam kerja-kerja pembaikan infrastruktur jalan Persekutuan.
Astro Kem Badminton: 363 peserta hadir di Pulau Pinang
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
Piala Uber 2024: Pearly-Thinaah disingkirkan?
Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia Rexy Mainaky memberi bayangan pasangan beregu wanita nombor satu negara Pearly Tan-M.Thinaah mungkin tidak diturunkan pada Piala Uber 2024 di China.
Tiga pemain digugurkan daripada ABM
Akademi Badminton Malaysia (ABM) menggugurkan tiga pemain perseorangan lelaki akademi itu iaitu Lee Shun Yang, Chia Jeng Hon dan Rex Hooi Shao Heng.
ABM lantik Robosin sebagai Ketua Jurulatih Remaja yang baharu
Bekas pemain badminton Indonesia Jeffer Rosobin dijadual menjalankan tugas selaku Ketua Jurulatih Remaja Akademi Badminton Malaysia (ABM) yang baharu.
Aaron-Wooi Yik telah tampil aksi sebenar di separuh akhir - Rexy Mainaky
Selepas kekalahan di aksi final kejohanan Terbuka China, Aaron-Wooi Yik menerima kecaman susulan prestasi hambar dan tewas mudah kepada wakil tuan rumah.
Peraturan pakaian pemain profesional: BAM sangkal dakwaan bekas pemain
Katanya, peraturan tersebut sudah diperkenalkan sejak beberapa tahun yang lalu.
Justin boleh jadi pengganti Chong Wei - Misbun
Justin disifatkan Misbun sebagai pemain terbaik pernah dibimbingnya sepanjang beliau mengemudi kem perseorangan remaja sebelum ini.
Zii Jia, Jin Wei dalam momentum terbaik
Zii Jia sentiasa tenang apabila beraksi, sekali gus memberi keyakinan dan semangat kepada pemain pasukan Malaysia yang lain.
Sze Fei-Hon Jian sasar kelompok 50 terbaik dunia tahun ini
Pemain beregu lelaki negara Goh Sze Fei menyasarkan untuk berada di kelompok 50 terbaik dunia bersama pasangan baharunya Choong Hon Jian.
Legenda mungkin bersama skuad negara pada kejohanan - Presiden BAM
Buat masa ini, tujuh bekas pemain negara itu tidak boleh campur tangan dalam proses pemilihan pemain.